Happy New Year 2018!

by - 1/01/2018

Assalamualaikum.

Wah dah masuk tahun 2018! Pantas masa berlalu. Macam baru je kelmarin sambut malam new year 2017 ketawa girang tengok bunga api depan rumah hahaha tahu tahu dah masuk tahun 2018.

Hasil carian imej untuk gambar new year 2018

First of all, Alhamdulillah dipanjangkan usia bertemu di tahun baru. Semoga panjang umur dapat menyambut bulan Ramadhan tahun 2018 ni. Usia pun takde belas dalam bahasa omputeh ‘teen’ anymore. Harap dengan bermulanya tahun baru 2018 ni, aku lebih matang dan dapat kawal emosi. Yelah aku kan emosi sentiasa tk stabil lepastu tak pandai nak manage emosi.

Azam?

Hmm aku rasa setiap awal tahun beriyalah aku ada azam siap ada diary tapi hampeh tak tercapai jugak azam and diary tu pun suci kosong tanpa sebarang tulisan mahupun setitik noktah. Tapi, tahun ni InshaAllah mencuba untuk disiplinkan diri sendiri. Nak ubah perangai, nak berubah jadi lebih baik walaupun….. malas nak sambung hahahhaa

Sempena tahun baru 2018 ni jugak aku masih dalam process edit template blog, nak simple je tapi cantik tenang bila view. Taknak sarat sarat dah serabut tengok. Apa guna blog lawa tapi tak berupdate, ok sentap jap! Sekarang ni cuba godek sikit template blog mana yang nak ubah, nak buang, nak tambah apa yang patut. And nak disiplinkan diri update blog paling teruk pun 2hari sekali ada satu entry. Kita tengok berjaya ke tak hahahaha. Kena cari plannerbook untuk tahun ni, nak yang complete! Nak ada sticker, nak ada calendar, nak ada finance notes apa semualah.

Ewah cerewet betul!

Ye memang cerewet. Sekarang ni masih dalam process survey plannerbook yang complete and menepati ciri  ciri yang aku perlukan. Pening! Sebab semua lawa lawa plus comel.
Sebenarnya banyak cerita nak share dalam blog ni tapi itulah kan, kesempitan masa. Banyak benda nak kena uruskan. Oklah jumpa next entry, nak rehat kejap.

Aim for your goals and dreams okay! Something yang you can see yourself working on it :) Have a great 2018! Be grateful, do something good even if its small even if you thought youre late, just do it. And don’t forget to letgo of negative thing that doesn’t help you in any positive way!❤
Last but not least, Happy New Year 2018!

Toodles!❤

You May Also Like

0 ulasan