2017

by - 12/29/2017

Assalamualaikum. 

Terasa macam baru kelmarin sambut new year 2017, macam baru kelmarin broken teruk. Pejam celik pejam celik dah nak masuk 2018. Wow! Tak sangka. 

Selalu setiap hari nak tidur mula fikir,

"eh sempat ke aku nak habiskan tahun ni sampai hujung tahun?"

"tak puasnya dengan achievement tahun ni, ok tahun depan kena achieve something yang lebih baik!"

Heh! Bagaikan mimpi disiang hari. Nanti masuk tahun baru for a few days je azam tu ada, masuk second weeks of new year, hilang terbabas kelaut. Biasa sangat dah. 

Konon nak tetapkanlah dalam bucket list tahun 2018 nak update blog sekurang kurangnya 2 hari sekali. Tengoklah macam mana azam tu kan, risau tak tercapai je. Paling koman teruk pun updatelah blog seminggu sekali. Kahkah!

♥♥♥iheartpictures♥♥♥

Tahun 2018 nanti harapnya look forward jelah. Let go of the past :) Sebab we cant change it, betul tak? Benda dah lepas jangan dikenang. Mana yang baik kita jadikan contoh, mana yang kurang baik kita jadikan pengajaran. Tak gitewww? Lagipun nak focus on myself and family, nak kurangkan benda lagha. Groom myself and compete be better than the past. Yelah kita ni manusia, ada kurangnya. Perbaiki diri jelah untuk setiap hari, untuk kebaikan diri sendiri jugak. Tak rugi pun nanti hehhe. 

And taknaklah jadi sombong ke apa, lebihkan senyuman hahahaha aku ni kan kalau orang tak kenal betul betul mesti orang agak aku ni budak baik tapi sombong sebab paling susah nak senyum dekat stranger. Alhamdulillah Allah tutup aib aku :) Be kind, be humble but dont take shit okay? Set standards, we know what we deserve👀 kena start savings okay takmo membazir sangat jadi syaitonnirojim! HAHAHA yelah pantang ada sales ada jualan mega kemain lupa diri sobss.....

Nak surround with good people.Spend times with friends who can accept me for who I am and support me no matter what happen. Susah nak jumpa kawan susah senang jatuh bangun bersama ni. Maka hargailah, ewah! Gitewww. And kalau boleh nak didik hati belajar memaafkan orang lain dan diri sendiri. Look forward and never look back. 

Sejujurnya berharap tahun 2018 ni aku dapat gapai cita cita aku, impian aku. Bahagiakan keluarga especially parentslah nak tunaikan segala apa yang belum aku capai for them. 

Aku nak 2018 lebih berfaedah lebih indah lebih berbaloi sampai aku rasa sayang gila tahun 2018!❤

Toodles!❤

You May Also Like

0 ulasan