Kesempitan Masa..

Assalamualaikum. 


Lama sangat dah tak update blog. Ingat nak update blog as soon as possible bila sampai KL balik tapi tak kesampaian atas dasar kesibukan yang melampau. Ni pun baru ada masa yang terluang sikit untuk update blog. 

Bukan takde masa lapang sebenarnya, ada je masa lapang tapi masa lapang tu selalu terisi dengan rutin siapkan assignment, kejar dateline itu ini, ada banyak presentation lagi lagi dah hampir ke semester akhir. Banyak masa habis ke arah akademik sebenarnya. Event event college pun jarang dah nampak muka aku. 

♥♥♥iheartpictures♥♥♥
* sekadar hiasan

Sepanjang in flight, aku dok plan and take noted entry entry yang aku nak update. Dah plan sehabis baik tapi nak buat macam mana kan kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Hahaha! Padahl diri sendiri salah sebab tak buat schedule elok elok. Kalau dulu yaAllah rajin jugaklah buat schedule. Alahai..

Kadang kadang kesibukan diri ni mengganggu masa masa berharga dengan family and "me time". Yelah kita dah penat and sibuk setiap hari ofcourse teringin ada masa dengan family, have fun ke window shopping ke apa kan? Tapi bagi aku, sejak balik daripada short vacation tu, jadi huru hara kejaplah rutin harian aku. Nak adapt pun susah sangat. Sampaikan pernahlah seharian tu dok membuta je hahahahaha.

Istilah "me time" dalam hidup aku dah takde. Sebab kesibukan yang teramat sangat. Plan nak jumpa dentist pun tergendala hampir 3 bulan tau! 

Kadang kadang tu ada perasaan nak manjakan diri, nak keluar sorang sorang tapi mesti ada je halangan. Sama ada kerja bertimbun, pulus takde and paling sadis sekali malas! 

Ini pun ada sikit masa nak update sebab aku dok bertafakur dekat RotiBoy Bakeshoppe. Punyalah nak jauh dari gangguan, nak duduk tempat yang chill, sanggup pagi pagi pukul 9 dah tercongok kat depan kedai kahkah. Dapat award pun ok gak ni!

Actually ada class harini tapi tengah pulun siapkan assignment sebab nak submit by today. Semalam lepas balik office dekat Setiawangsa tu around 6pm, aku dah terdampar atas katil letih sangat hadap jammed. Fuh taubat! Terimakasihlah pada yang menemani daku semalam hahaha dalam hujan hujan tu dok dengar lagu jiwang kaw kaw, eh layu je mata aku. Nasib ada teman borak kalau tak, kebosanan tertidur. 

Oklah, aku nak sambung buat kerja yang tergendala ni. Alang alang dah ada idea dan ilham ni, baik aku teruskan tanpa tangguh tangguh kang tak pasal pasal kang.....

Toodles!

No comments:

Post a Comment