Macam Mana Nak Start Business?

Assalamualaikum.
Hi! Hehe lama tak update entry kan? Aku ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Selamat berpuasa semua!☺Jangan ponteng puasa okay? Melainkan kalau uzur tu takpalah hahaha. Jaga mata, jaga mulut and jaga hati. Kang sia sia je berkurang pulak pahala puasa.
Nampak tak title entry kalini? Kemain kang title macamlah hidup dah berpuluh tahun. Takda apa, aku cuma nak share dekat semua apa yang aku nak buat, in progress ke apa ke. Just sharing, tak salahkan? Mana tahu korang pun boleh jana pendapatan buat side income ke, betul tak?
Before nak start business, korang kena tentukan bisnes apa yang korang nak buat. Sama ada produk atau servis? Nak jual produk sendiri ke jual produk oranglain? Korang kena tentukan jugak dekat mana produk tu nak dipasarkan. Bukan main hentam je tau, nanti rugi. Penting sebab kita nak tahu target pasaran dan spesifik pelangganSelain daripada tu, korang kena fikir jugak packaging ataupun cara pembungkusan produk korang. Kalau mampu, hire designer. Tapi kalau korang newbie and modal kecil, its okaylah! Download photoshop je ok heheTutorial bersepah kat internet and youtube.
Then, cari nama syarikat atau brand. Nama pulak janganlah pelik sampaikan terbelit terbeliak biji mata nak sebut. Yang senang diingat and senang disebut je tau! Yang ada commercial value gitewwwDaftar sekali SSM okay, tapi tengoklah dulu keadaan. Sama ada nak daftar atas Sdn Bhd ke apa ke kan. Dah masuk undang undang perniagaan dah ni hahaha.
Korang boleh dah buat business card lepas settle nama syarikat, daftar SSM semua tu. Hantar je logo atau design dekat kedai print, paling murah aku dapat haritu dalam RM30 something untuk 100pcs. Murah kan dalam zaman ekonomi gawat gini? Nanti aku selongkar balik otak aku, aku share kat sini mana tempat print tu okay!
Oh lupa! Bila daftar syarikat dengan SSM ada bayaran tau. Bawah ni list charge :-
Kalau bisnes biasa dalam RM70 tak silap. 
Enterprise pulak dalam RM100-+ gitu je
Tapi kalau nak berdaftar syarikat guna SDN BHD, kena berurusan dengan Setiausaha syarikat.
Settle part tu, boleh dah korang create acc facebook, install whatsapp, create page segala benda. Kalau expert buat website or blog, digalakkan sangat sangat okay hehe.
Setakat ni je kot untuk kalini, inshaAllah aku buat entry lain nanti okay? Penat sikit ni
Toodles!❤

No comments:

Post a Comment