Its Not Easy

Assalamualaikum.
Banyak jugak cita cita yang tak dicapai lagi. Bersepah wishlist yang tak gapai. 
Kalau duduk diam je tanpa usaha tak boleh jugak. Kena ada usaha. Usaha tak rugi pun, usaha selagi boleh. Nak dapat result yang cemerlang, usaha dengan belajar and jangan tinggal solat. Mana ada orang belajar sehari terus pandai dapat jawab exam tenang. Kau nak jawab soalan exam pun, kena ada usaha nak menulis dan memadam. Betul kan?
Takdanya jawapan tertulis sendiri sambil goyang kaki tenung siling hall. 
Kadang kadang ada orang yang menganggap, "oh kau senanglah anak orang berada apa kau nak, semua dapat.
Bagi I, takda istilah macam tu dalam family. Nak sesuatu, tunjuk effort!💪
So, apa je yang kau nak, kau kena usaha. Tak salah berangan, tapi biar berpada pada. Tak salah bercakap besar, tapi jangan lupa buktikan. Jangan sekadar bercakap bagai angin sepintas lalu, tapi habuk pun takda. 
Sama macam kau nak hidup senang, tapi mengharapkan ihsan mak bapak. Kaya macam mana pun keluarga kita, jangan terlalu bergantung harap. Belajar untuk kenal dunia, belajar cari duit sendiri. Takdalah kau senang hati sangat bila nak labur duit kat benda yang tak bagi manfaat pada diri kau. Bila kau dah merasa penat lelah cari duit, kau akan hargai nilai duit sepuluh sen. Trust me! Nampak mudah, ya mudah untuk kau meminta kat parents, cuba kau yang usahakan. 
Kau akan belajar erti menghargai.
Nak kenyang pun kena menyuap lagi mengunyah inikan lagi nakkan hidup senang. Ingat petik jari terus kaya raya?
Belajar okay? Belajar cari duit sendiri, belajar berdikari. Jangan lupa, belajar hormat usaha penat lelah orang lain. Jangan sesuka hati complain sana sini, kata itu ini. Jaga percakapan. Ini hati manusia bukan hati ayam. 
Toodles!❤

No comments:

Post a Comment