Cuba Positive Sikit

Assalamualaikum.
Hi. Lama jugak rasanya tak update any entry sejak busy dengan final. Macam macam nak kena buat. Dengan study, pre-registration lagi, business lagi. Fuhfuhh!
Kadang kadang, apa yang aku perhati, orang sekeliling suka menyibuk pasal kita. Sama ada, jaga tepi kain, atas kain, eyeshadow tak blend elok pun jadi isu. Alahai orang kita! Aku sebagai seorang pelajar kolej dah masak dengan perangai orang. Kejap macam ni, kejap macam tu. Jadi serba salah. Buat itu tak betul, buat ini lagilah tak betul. Asyik mencari kesalahan orang je. 
Tak tahu menahu pasal kita, kenal pun macam tu je, dah mula mengata itu ini. Cuba positive. 
Bila nampak seseorang tu berpakaian mahal, mula keluar cerita yang orang tu ada sugar daddy, anak orang berada, buat benda tak elok, kaki kikis. Tak baik!
Mungkin orang tu ada buat business sendiri, cari side income sendiri. Jangan asyik negative.
Aku pun tak terlepas daripada umpatan macam tu. Ada je cerita panas. Eh rasa macam diri ni seorang retis giteww! Hahaha. Sebab tu aku jenis leklek chill je pakai ala kadar setakat nak gi kolej. Muka orang yang sama jugak aku jumpa
Aku sekarang focus on my studies, focus on my business. Lagi lagi business baru nak bertatih balik, *tulah mengada sangat nak stop business bila dah kukuh dulu
InshaAllah next entry aku cerita pasal business akulah ye. Yashe yashe je pun tapi apa salahnya nak cerita jadi satu kenangan ke mana tahu aku terlupa ingatan lepas beranak nantiHaa kita taktahu kan? 
Toodles!❤

No comments:

Post a Comment