#CikZaSkincareJourney

by - 5/15/2017

Assalamualaikum.
Macam makin rajin bersemangat je update new entry kan? 
Entah sampai bila tah rajin ni, dah akhir akhir sem tinggal nak hadap final exam boleh ceritalah rajin update. Sabar jap nanti dah start new semester, kibut semuanya. Mana yang meroyan pencil case hilang, beg rosak, baju seluar tak muat, nak beli tudung baru.. Haa sabar jap👀😆
Okay back to the topic. 
Siapa je yang takda masalah kulit muka? Tell me! Nak gi bertapa menuntut ilmu kat dia.
Since aku mengalami masalah kulit muka combined, oily tapi sensitive. Imaginelah kalau boleh... 
*gambar hiasan
To be honest, before this zaman sekolah memang kulit muka tak berapa ada nur tapi cerah. Entah macam mana semangat sangat nak masuk acara padang memang macam udang bakarlah kan dengan tak pakai any sun protect kebenda. Masuk college, mula pakai skincare. Diknon, maaf ya kakak tak banyak duit lagi nak hadap saman so kakak takmo bagitahu nama local product tu😥
 Mula mula pakai tu YaAllah bangga riaklah weh sebab kulit makin cerah pinkish pinkish giteww bila kena matahari. Lepastu takde jerawat langsung, eh lagi bertambah angkuhlah daku promote product tu. Tapi, cuti semester pergi holiday... Alkisah lupa nak bawak skincare, so redha jelah kan? Takkan aku nak patah balik, engko ingat dekat?🙆
Lagi takboleh blah, aku kemain makeup... Without any primer, moistrizure. Malam tu naik jerawat seketul lalu berketul ketul. Buat hal!
Balik vacation, mashaAllah burn dik burn. HAHAHA dekat seminggu jugaklah tak keluar rumah. Perangai. Tapi aku masih setia pada yang satu eh, pakai jelah skincare tu. Pelik, makin lama makin burn makin kusam makin berjerawat pulak muka. Orang sekeliling mula tegur kenapa muka teruk apa semua, gila tak down hahaha. Ada jugaklah mengenang nasib di bucu katil.
discontinued
Toodles!❤



You May Also Like

1 ulasan