#CikZaSkincareJourney Part 2

Assalamualaikum.
Wah, kemain diva berpart part engko. Hahaha yashe yashe je.
Okay meh sambung cerita lalu. Lama nau tunggu sambungan kalah sinetron tv3.
So bila makin lama makin teruk muka, aku pun mulalah fikir nak tukar product. Survey punya survey, haa okay ngam terus beli product B. Gigih okay google siap buka page HQ semua nak tengok respond orang dekat product B tu. Aku pakai product tu dalam 2 minggu lepastu perasan makin gelap pulak muka plus rasa kulit muka macam nipis sangat!😢
Terus STOP pakai!
Gigih lagi sekali untuk cuba cara lain sebab kulit muka makin teruk, makin kusam, jerawat kecik kat dahi bersepah dah mula bawak geng mai kat pipi pulak! Serabut sedih waktu tu Allah je tahu. Hilang rasa confident nak jumpa orang.
After a few months, aku decide nak buat treatment dekat pakar kulit. Kat situ harga boleh tahanlah, sakit jantung jugak nak membayo tapi Alhamdulillah laki aku sponsor. Ngehngeh👀
Treatment tu pulak every 2 weeks. Mula mula buang whitehead/blackhead. Lepastu nyahkan jerawat yang bersepah. Sepanjang treatment tu, sakit tu yaAllah kalau dapat ku sedekahkan kat orang, orang semua taknak. Betul orang kata, Beauty Is Pain. Settle treatment, tunggu for a few weeks, tak pakai makeup segala just pakai product dari doctor, takda apa yang berubah.
................
Sedih hoi!Terus cakap "sorry, i want to stop the treatment"
Sebab apa? Nampak gelojoh kan? 
Sebab dah malas nak buat apa apa. Dah penat orang kata. Asyik try and error macam tikus makmal. Sakit satu hal, tak elok elok pulak. Duit tabur sana sini. Kecantikan ni satu pelaburan gaissss!
Discontinued....
Toodles!❤

No comments:

Post a Comment