Keep Positive


Assalamualaikum.
Disebabkan blog masih lagi under renovation, so kena tunggu semua settle. Hehe inshaAllah dah settle nanti kita update new entry hari hari okay. Doakan semuanya dipermudahkan tau!

Its almost 3 days tanpa dia. Yes, its hurt me. Nak taknak kena kuat jugak hadap semua ni. Sampai bila nak bergantung pada orang betul tak? Mungkin ini langkah terbaik kot, created new blog, new account twitter and created new stories of life :)

Tak selamanya seseorang tu akan ada dengan kita walaupun dah terikat dengan ikatan yang halal. Halal for 3months and the end, jodoh tak panjang orang kata kan? Sama sama masih muda, darah muda. Ada yang sikap dengki, tapi takboleh nak salahkan orang. Takboleh tuding jari dekat orang, cermin diri, cari kesalahan kekurangan diri sendiri. Lumrah kehidupan, adanya pasang surut, adanya ditinggalkan atau meninggalkan. Kita ni hidup ada pilihan. Sama ada nak ada di takuk yang lama dan menunggu sesuatu yang tidak pasti atau terus melangkah ke hadapan tanpa toleh ke belakang. Past is past. Terapkan dalam hati dan minda, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Janji Allah itu pasti. Sama macam waktu timbulnya matahari terbit. Faham?

Sekarang ni, Alhamdulillah. Dua dua pihak dah cool down and InshaAllah takkan bermasam muka or putus silaturrahim. Doakan yang baik baik. Ada jodoh, bersambung balik. Pisahlah jauh beribu batu sekalipun, kalau dah jodoh takkan ke mana.

Sometimes kena tunjuk kuat walaupun kita tahu diri kita ni tak kuat. Kena tabahkan hati lalui semua ni. Pengalaman mematangkan kehidupan kita, trust me. Biar orang buat kita jangan kita buat orang. Orang buat jahat dekat kita, kita balas dengan kebaikan. Mana tahu dengan cara macam tu, orang tu akan sedar kesilapan dia suatu masa dulu? Kita doakan yang baik baik maka yang datang nanti pun baik baik :)

Last but not least, keep positive! Allah sayang pada semua hambanya.

Moga semua urusan kita semua dipermudahkan dan kita dilindungi serta dirahmati di dunia mahupun di akhirat kelak. Amin, InshaAllah.

Till then, toodles!

2 comments:

  1. moga bahagia sampai ke syurga.. you deserve better than your ex husband.. ade jodoh insyallah bersama lagi nanti :)

    ReplyDelete